Monday, 13 May 2013

membaca


Proses membaca dikatakan satu perkara yang mudah tetapi sebenarnya ada sesetengah golongan yang mengalami masalah membaca ini. Masalah membaca boleh timbul disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran. Kebiasaanya faktor dalaman individu itu sendiri yang menjadi punca utama kepada masalah dalam membaca sesuatu bahan.


            Masalah membaca dari sudut dalaman ialah masalah yang timbul pada seseorang individu itu sendiri dari aspek kecerdasan dan perkembangan kognitif. Menurut tokoh membaca Marohaini Yusoff ( 1999 ), masalah intelek meliputi kecerdasan, keboleh bahasaan dan pengalaman yang sudah sedia ada. Kecerdasan merupakan aspek penting yang diperlukan untuk membaca. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mental seperti terencat akal atau sindrom down pastinya tahap keboleh bacaan dalam kalangan mereka sangat rendah. Selain itu, masalah ini juga bukan sahaja dialami oleh kanak-kanak istimewa tetapi ada sebahagian kanak-kanak yang lain mempunyai masalah kelemahan daya ingatan ini. Mereka sering kali mengalami masalah kekeliruan dengan huruf, kesukaran dalam pengamatan sesuatu perkataan, kesukaran untuk membatang suku kata perkataan dan mengalami kesukaran untuk membaca ayat. (Khairuddin Mohamad, 2011)

No comments:

Post a Comment